.:: My Friends ::.

Rabu, 19 Ogos 2009

PULAPOL

Konvokesyen polis??? adakah anda pernah melihat bagaimana wira2 yg mempertahankn maruah negara dlm konvokesyen? ni la suasana yg ku rasai apabila menghadiri konvokesyen my best friend di PULAPOL, Jalan Semarak, KL pada sabtu yg lepas...konvo ni hnya mereka yg bergelar Inspektor..bukan inspektor gadjet ok!! bkn calang2 jawatan kwn ku ni..xsangka pun ade..hehehe...Congrats Inspektor Firdaus.


segak bergaya kwn aku ni..hehehe



Panji-panji istiadat konvokesyen


Majlis ni telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara dengan disertai pelbagai atucara yang berakhir kira2 pukul 11pagi..berbalik kisah kwn aku ni cmne leh masuk polis ni begini...
dari kecil lg mmg dia ni minat gler nak masuk polis..cita2 katakn...time menunggu twrn degree dia apply vacancy inspektor..dgn bantuan cikgu am yg juga merupakan kwn baik sy, dia telah layak utk di interview..time nak gi interview xde sape yg free.Then byk tapisan yg perlu disemasa interview polis yg makan masa 2 ari..tiba2 aku free time tu..so teman la dia dr 7 pagi smpai la ke pukul 7 ptg..bygkn betapa lamanye den tggu dlm Ibu Pejabat Polis (IPD) sepang..aduhhhh!!! mmg azab time tu..huhuhu..tp demi kwn karib xde hal la..
Apabila lepas interview, sok nye pulak perlu bawa 2 org kwn yg dah kenal selama 7 thn utk di interview..yg free time tu my best friend cikgu nasri n Me...ala dorg nak tgk kwn dia ni kenal n tahu latar belakang je..tp klau masing2 bg jwpn berbeza alamatnye kena rejectla...hahaha..
Then nak tggu result ni smpai kwn ku putus asa n time tu gak dpt twrn degree kat USM..
so,dia terima twrn..dijadikan cite xsmpai 2 minggu kat USM dia dpt panggilan lulus interview polis n bermula la sejarah dia dlm skuad PDRM..
SYABAS PIDOT!!!!
Pancaragam PDRM



Barisan Inspektor Wanita


Ahad, 16 Ogos 2009

Ada Apa Dengan Cinta ????



“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu

berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.


Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.


Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.


Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.


Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.


Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.


Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.


Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.



Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.


Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.


Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.


Rabu, 12 Ogos 2009

Jejaka Idaman Setiap Wanita


Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah s.w.t…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah s.w.t…


Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tutur katanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…


Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…


Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah s.a.w…
Yang boleh diajak berbincang danpada berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…


Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…


Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…


Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya...


Beza Antara Suka Dan Cinta

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.


2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.


3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.


4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.


5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.


7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


Cinta Tak Semestinya Memiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.


Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.


Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.


Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.


Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…


Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….


Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.


Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…


Tapi…


Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..


Selasa, 11 Ogos 2009

Futsal

Selepas bowling pada sebelah paginya, dgn kepenatan serta perasaan kekalahan game bowling td, aku menyahut cabaran futsal drpd kwn² karib sebelah ptgnye..lwn futsal kat tempat fav kteorg iaitu di SPORTS PLANET,AMPANG ala yg sebelah Borak Ombak tu..men 1 jam je sbb suma ni dah la lama xjogging.pancitla ade,semput pun ade..ish²..hehehe...30 minit pertama kteorg diajak lwn oleh satu company yg rata²nye dibarisi player dr china tu..kira kteorg ni membawa nama MALAYSIA..cewaahhhh...hihi!!! kteorg klah 5-3..kira gempak la tu...dgn masing² dah pancit.. 2 goal dijaringkn oleh mr. ASIMO..jaringan ala² bambang pamungkas bak kata kwn karib..huahuahuahua!!! then pas 30 minit br kteorg men sndiri²...aku mengambil alih postion keeper disbbkn kaki mulai skt pas game permulaan td...uwaaaaa!!!!!




penat sampai terlelap




Piala Pengetua SMK Gombak Setia

Pada 1 ogos yg lepas telah berlangsungnye kejohanan bowling antara guru² smkgs...tempat biasala kalau bkn kat SELAYANG MALL ..hahaha.. terdapat 14 Group yg berentap utk merebut piala yg julung kalinye diadakn..disbbkn excited time 1st game smpai suma yg bergelar RAJA Longkak termasuk hmba..hihihi...yg terkejutnye guru² senior yg pd mulanya dipndang sebelah mata lbh menonjol & hebat...bertambah malu hero² yg muda...dibwh ni kedudukan tmpt :-
1 - cikgu hamidon, cikgu shauki, cikgu syafizee, cikgu nasrun
2 - peNgEtUa & faMiLy
3 - cikgu bani, cikgu abu talib, cikgu mazlan, cikgu marzuki..
4- mY TeAm ( cikgu shahrul, cikgu kharil, cikgu malek, cikgu AsiMo )

wpun kalah ditangan guru² senior tp dgn bangganye team kteorg menang JEJAKA IDAMAN MALAYA.. bangga la gak..hehehe


perasmian oleh pengetua - Pn. Dayang Fatimah






JEJAKA IDAMAN MALAYA






Blog Widget by LinkWithin

.:: maRi BerHibUr ::.


.:: NEWS MAN UTD ::.