.:: My Friends ::.

Jumaat, 28 Ogos 2009

NaSiB si buJanG

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan


Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia


Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi air panas boleh try (he..he..ni cadangan pelik dari saya)


Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ isteri or suami kau, baru padan muka)


Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih calon semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)


Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.


Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.


Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.


MORAL OF THE STORY : DONT ASK!


**secebis KASIH membuat kita SAYANG ….seucap JANJI membuat kita PERCAYA…..sekecil LUKA membuat kita KECEWA…..tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA



4 ulasan:

  1. haha..
    tu je yg mampu tulis..

    BalasPadam
  2. ni jela yg mampu tulis wat masa ni..hehe

    BalasPadam
  3. Dont wory kawan.

    Jodoh bukann tak ada tapi hanya belum sampai masanya jodoh itu datang. Jodoh secara lambat. Jodoh ini ibaratnya bagai menanti jambatan untuk ke seberang lautan. Kalau panjang jambatan yang kita bakal lalui itu. Bergitu jauhlah perjalanan kita itu nanti.

    Ada orang jodohnya cepat datanya mungkin disebab jambatannya sungguh pendek. Ada orang pulak jodohnya lambat sebab jambatannya super jauh. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat untuk berkahwin. Kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan dalam kehidupan. Ianya adalah sangat bagus. Tetapi jangan dibiarkan jiwa yang kesepian. Lakukan lah pelbagai iktiar. Nyatakanlah perasaan dan keinginan korang itu dalam doa-doa selepas sembahyang. Allah maha mendengar.

    BalasPadam
  4. haha..jawapan aku mudah jer asimo..selagi misi aku tak tercapai ..selagi tu arr...

    BalasPadam

Blog Widget by LinkWithin

.:: maRi BerHibUr ::.


.:: NEWS MAN UTD ::.