.:: My Friends ::.

Rabu, 12 Ogos 2009

Jejaka Idaman Setiap Wanita


Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah s.w.t…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah s.w.t…


Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tutur katanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…


Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…


Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah s.a.w…
Yang boleh diajak berbincang danpada berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…


Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…


Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…


Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya...


9 ulasan:

  1. t'tanya2..knpa lelaki idaman saya..??
    bukan wanita idaman saya..??=)
    smile!!!!!

    BalasPadam
  2. hahaha..
    saje letak utk tatapan golongan wanita.. =D
    nati sy letak wanita idaman lak ye..hihi
    sntiasa smile.. ^_*

    BalasPadam
  3. oh ya ek...skrg ila da jmpa lelaki idaman ila tau...yg ada ciri2 tersebut..walpn ada jgk kekeurgn nya..tp ila terima...nobody is perfect rite....cm tu gk ila..uhuhu

    BalasPadam
  4. btol tu honeybunny..xde sape² yg perfect wpun seseorg tu sntiasa perbaiki kelemahan sndiri..smoga ila berbahagia.. =)
    pe yg perfect wahai missysha..hehe

    BalasPadam
  5. tah la...tp kdg2 ila rasa ila byk kekurgn.....ila da try buat yg terbek...ila trima ja seadanya cmna org tu...tp???? eeeeeeeee..sakit hati..uhuhu

    BalasPadam
  6. why?dia xleh terima ila seadanye ke?sy doa smoga ila sntiasa bahagia n ceria k..=)
    uu friends always behind u..

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. senarai kat atas tu perfect sangat
    rasa Seri tak layak buat mereka

    BalasPadam

Blog Widget by LinkWithin

.:: maRi BerHibUr ::.


.:: NEWS MAN UTD ::.